JIN AZIMAT TENAGA S3KS MERASUK GADIS SUNTI

by - Tuesday, March 03, 2015

Mengisahkan seorang gadis sunti dari Klang yang baru kematian ibunya. Kira-kira seminggu selepas kematian, gadis sunti itu mengemas bilik ibunya. ketika sibuk mengemas, gadis itu terjumpa satu botol kecil yang kelihatan dalam botol itu ada sesuatu yang agak pelik. Dengan perasaan yang kurang senang, gadis itu menghubungi rakannya dan meminta rakannya membawa botol itu ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah, Puncak Alam.

Botol yang dijumpai oleh Gadis Sunti

Botol kecil itu telah diserahkan oleh rakan gadis itu kepada Tok Janggut. Pada hari itu juga selepas magrib, gadis sunti itu dibawa ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah kerana tidak sedarkan diri, kerasukan. Menariknya, sesampi jer depan pintu pagar Terapi Islam Nurun Nubuwwah, gadis itu terus menjerit...

"Pulangkan hak aku!!!" kata gadis itu (Jin Azimat)

"Apa hak kamu? Bila masa aku ambil hak kamu?" soal Tok Janggut

"Tadi pagi!!! Mana?" balas Jin Azimat

Tok Janggut dengan selamba keluarkan botol kicap sambil berkata..

"Ini hak kamu?" tanya Tok Janggut

"Bukan!!!" Balas jin Azimat yang merasuk itu...

Jin Azimat memeritahu yang botol itu merupakan rumahnya..dan menyuruh Tok Janggut pulangkan botol itu kepadanya.. Mana mungkin Tok Janggut pulangkan...

Dalam botol kelihatan ada 3 barang iaitu sisik tengiling, kayu (berbentuk menara sami budha) dan kain merah (baju sami) yang dililit dengan benang.

 
Tiga barang yang terdapat dalam botol kecil

Tok Janggut menasihati Jin Azimat agar keluar dari badan gadis itu dan tidak mengganggunya lagi... Jin Azimat  memberi syarat jika botol itu dipulangkan, dia tidak akan ganggu lagi gadis itu..

Tok Janggut mengambil keputusan memaksa Jin Azimat agar keluar dari badan gadis sunti itu hinggakan Jin Azimat menceritakan bahawa barang dalam botol kecil itu dimiliki oleh bapa tiri gadis itu (orang Myanmar) untuk kegunaan menguatkan tenaga s3ks. Bapa tirinya sekarang ini sudah pulang ke Myanmar setelah kematian ibu.

Setelah dipaksa, jin itu berjanji akan keluar dan tidak akan ganggu gadis itu lagi. Alhamdulillah gadis itu akhirnya sedar..


You May Also Like

0 comments