Video Kerasukan Jin Hutan Kajang

by - Tuesday, March 03, 2015

Assalamualaikum.. Ini cerita minggu lepas. Seorang wanita datang bersama seorang lelaki ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah, Puncak Alam. Ana difahamkan lelaki (pesakit) tersebut adalah tunang wanita itu. Wanita itu sebelum ini pernah datang ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah membawa kawan beliau untuk dirawat oleh Tok Janggut.. Alhamdulillah sembuh dengan izin Allah.

Gambar Hiasan

Setelah masalah diceritakan oleh pasangan tersebut kepada Tok Janggut, maka bermulalah proses rawatan dengan memberi minum air yang telah didoa kepada pesakit. Seperti biasa, pesakit diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat Ruqyah. Selesai proses meruqyah, Tok Janggut beralih kedudukan ke arah tapak kaki pesakit.. lalu memberi salam kepada pesakit... 

"Assalamualaikum...." 

"Sakit...Sakit " jawab pesakit dengan suara yang garau....

"Assalamualaikum..." Tok Janggut memberi salam untuk kedua kalinya...

"Sakiitttttt" pesakit tidak menjawab salam malah terus menyebut perkataan "sakit" dengan suara yang  agak garau dari tadi...

"Assalamualaikum..." Tok Janggut memberi salam untuk kali yang ke tiga...

"Sakkiiiittttttt....." kali ini lagi garau pesakit itu menjawabnya....

Maka fahamlah Tok Janggut akan kehadiran makhluk yang menumpang badan si pesakit... ana berada berdekatan dengan Tok Janggut, hanya memerhati sahaja... kadang-kadang bosan juga bila pesakit asyik menyebut perkataan "sakit" jer... bila ditanya dari mana... kenapa datang mengganggu pesakit... dan lain2 soalan lagi yang telah ditanya... semua tak dijawab...

Akhirnya jin yang merasuk kepanasan dijurus dengan ayat2 Quran...mengalah dan meberitahu dari mana ia datang... katanya datang dari Hutan Kajang. Tempat tinggalnya di ceroboh. kerana itulah dia menumpang badan pesakit...

Alhamdulillah setelah dirawat, Jin Hutan Kajang berjanji tidak akan mengganggu pesakit itu dan keluar dari badan pesakit.

Maaf, video yang diambil agak panjang dan jelas kelihatan wajah pesakit. Ana ingin share video ini tanpa malukan pesakit. Ana terpaksa cut dan pendekkan video ini untuk tatapan pengunjung blog.

Wassalam...


You May Also Like

0 comments