Video Kerasukan Jin Saka Degil dari Johor

by - Monday, March 09, 2015

Assalamualaikum..
Cerita kali ini agak menarik.. kes beberapa hari lepas di mana satu keluarga dari Johor datang ke Terapi Islam Nurrun Nubuwwah, Puncak Alam bagi merawat kesakitan yang dialami oleh beberapa orang ahli keluarga itu. Sementara dalam rawatan, mereka menginap di Homestay Teratak Anggun Nurun Nubuwwah yang berdekatan dengan Terapi Islam Nurun Nubuwwah bagi memudahkan rawatan dijalankan.


Ana difahamkan, kesakitan yang dialami oleh ahli keluarga dari johor ini adalah seperti sakit dalam rahim, keguguran, batuk-batuk, sakit kepala dan pelbagai kesakitan lagi dialami mereka. Seperti biasa, Ruqyah adalah pembuka rawatan yang dilakukan oleh Tok Janggut Puncak Alam. Ana turut berada di Terapi Islam Nurun Nubuwah ketika rawatan dijalankan. Kelihatan ahli keluarga pesakit memenuhi ruang tempat merawat. Ana hanya memerhati dari jauh.

Ketika pesakit kerasukan, jin yang merasuk itu mengakui setiap kesakitan yang dialami oleh keluarga itu adalah perbuatannya. dan jin itu mengatakan dia adalah saka dari nenek moyang keluarga itu dan berkeras tidak mahu meninggalkan mereka. Kedengaran suara dari beberapa orang ahli keluarga itu mengatakan yang mereka tidak mahu menerimanya. Saudara / saudari boleh tonton sendiri video yang ana share di bawah. Video ini dirakam sendiri oleh ahli keluarga pesakit dan ana mendapat kebenaran dipaparkan di blog. Walau bagaimanapun, Ana sengaja rendahkan kualiti video agar video kurang jelas kelihatan. Ini kerana tujuan adalah ingin berkongsi dan bukan untuk memalukan keluarga pesakit.

Video Jin Saka Part 1

Video Jin Saka Part 2

Untuk video Jin Saka Part 3 ini, ana rasa agak lucu kerana pertama kali ana lihat Tok Janggut berdialog dengan Jin yang tiba2 menukar bahasa kepada bahasa Indonesia. Seisi keluarga pesakit juga tergelak dengan dialog mereka. Ana sebenarnya faham, Tok Janggut sengaja berdialog dalam dialek Indonesia kerana ingin hiburkan hatinya sendiri dan pengunjung yang lain di saat suasana agak suram.

Video Jin Saka Part 3

Sekali lagi dimaklumkan bahawa video ini adalah perkongsian semata2 dan bukan bertujuan memalukan keluarga pesakit. kerana itu video dikaburkan dan kualiti agak tidak memuaskan.

Wallahu A'lam...

You May Also Like

0 comments