Jin Saka Berumur 10500 Tahun Ganggu Pasangan Suami Isteri

by - Tuesday, April 07, 2015

Assalamualaikum..

Hanya sekadar berkongsi cerita, pada 5.4.15. Terapi Islam Nurun Nubuwwah (TAINN), Puncak Alam dikunjungi sepasang suami isteri dari JB.

(Gambar Hiasan)

Suaminya mengandu isterinya selalu sakit-sakit badan dan boleh dikatakan tiap-tiap malam bermimpi menjaga anak kecil. Beliau sudah pun membuat rawatan di hospital namun kesakitan yang dialaminya makin menjadi-jadi. 

Setelah diruqyahkan ternyata kesakitan yang dialaminya itu berpunca daripada gangguan saka sebelah datuknya. Jin saka yang berada di dalam badannya itu menyatakan dia sudah tidak dijaga oleh pemiliknya, sebab itulah dia menggangu anak-anak keturunan tuannya, 

Jin Saka itu bagitau ia sudah pun tua dan umurnya sudah mencecah 10500 tahun. Sudah tiga bulan beliau berada dalam badan pesakit dan ingin mencari tuan baru katanya. 

Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zukhruf ayat: 36. "Sesiapa yang berpaling daripada pengajaran Allah yang maha pemurah (al-Quran), Kami adakan baginya syaitan maka syaitan itulah menjadi teman yang menyertainya."

Allahamdulillah dengan keizinan Allah SWT, jin saka yang menggangu pasangan suami isteri ini dapat dikeluarkan dan berjanji tidak akan menggagu sesiapa pun.

Firman Allah swt:
" Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada didalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Surah Yunus: ayat 57 )

Wallahu'alam..

You May Also Like

0 comments