Puteri Balqis Muncul di Daerah Kuala Selangor

by - Thursday, April 23, 2015

Assalamualaikum...

Kebelakangan ini agak sibuk dan malas. Kalau ikutkan sebenarnya banyak cerita-cerita yang nak dikongsikan. Dua bulan yang lalu pada 25.02.2015, saya didatangi seorang lelaki muda bergelar suami untuk kerumahnya di daerah Kuala Selangor. Beliau tidak boleh memasuki rumahnya, bukan kerana kuncinya yang hilang tetapi isterinya tidak memberi laluan untuknya. Dakwaan isterinya beliau bukan suaminya malah tidak megenalinya.

Setelah saya sampai diperkaragan rumahnya, saya ditemani seorang ibu lingkungan lapan puluhan untuk memasuki rumah beliau. Alhamdulillah saya dibenarkan masuk. Seperti biasa, saya mulakan dengan bacaan Ruqyah. Selesai proses Ruqyah, saya memberi salam. 

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam..." Jawab isteri kepada lelaki itu.

Saya tanyakan namanya. Terkejut saya kerana beliau memperkenalkan diri sebagai Putri Balqis dari zaman pemerintahan Sulaiman ( Nabi Sulaiman a.s ).

Gambar Hiasan

Seterusnya saya tanyakan lagi kenapa kamu merasuk badan perempuan ini? Dengan selamba ia menjawab " Ini perintah dari Allah!!" Jawab perempuan itu. lagi terkejut saya dibuatnya...

"Perintah Allah...? Saya bertanya lagi.

"Iya, perintah Allah!! Aku tidak akan keluar dari badan ini walau apa cara sekali pun, walaupun aku dibunuh."

Pesakit dibawa ke Pusat Rawatan Terapi Islam Nurun Nubuwwah untuk rawatan susulan. Setelah dua minggu menjalani rawatan di pusat rawaran Terapi Islam Nurun Nubuwwah (TAINN), akhirnya Putri Balqis keluar daripada badan Hawa ( bukan nama sebenar ) dengan izin Allah SWT setelah dibaca Surah Ath Thuur;

" Demi gunung, Dan kitab yang ditulis, pada lembaran yang terbuka, Dan demi Baitul Ma'mur, Dan demi bumbung yang tinggi, Dan laut yang di dalam tanahnya ada api, sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi, tidak seorang pun yang dapat menolaknya, pada hari ketika langit benar-benar bergoncang, Dan gunung benar-benar berjalan. Maka kecelakaan yang besarlah dihari itu bagi orang-orang yang mendustakan".

Alhamdulillah... Segala Puji bagiMu Ya Allah Tuhan Sekelian Alam.

Wallahu'alam..

You May Also Like

0 comments