Terapi Islam Nurun Nubuwwah (TAINN)

  • Laman Utama
  • Tentang TAINN
  • Video Galeri
  • Galeri
  • Rawatan
  • Hubungi Kami
Assalamualaikum... Busung, adalah sejenis penyakit yang sukar diubati. Pesakit yang mengidap busung ini, dimana perut akan menjadi besar/membesar seperti mana belon yang dipamkan.

   
 Gambar Hiasan Sekadar untuk perkongsian maklumat, 

Pusat Rawatan Terapi Islam Nurun Nubuwwah (TAINN) dikunjungi seorang pesakit dari Pantai Timur, dimana perutnya telah membesar sebanyak 49.5 in, menyebabkan kesukaran untuk bergerak dan bernafas. Beliau (pesakit) kini sedang menjalani rawatan di pusat Rawatan Terapi Islam Nurun Nubuwwah (TAINN) dan kini sudah pun masuk hari ke 15 menginap dan menerima rawatan di sini, perut pesakit hanya mengecut atau menurun sebanyak 3.5 in...rawatan masih diteruskan. " Tidaklah seorang Muslim menderita kerana kesedihan, kedudukan, kesusahan, kepayahan, penyakit dan gangguan duri yang menusuk tubuhnya kecuali dengan itu Allah mengampuni dosa-dosanya." (Hadis Riwayat Bukhari ). Semuga Allah mengangkat darjat padanya dan menghapus darinya semua kesalan.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum...

Semalam 25.4.2015 Terapi Islam Nurun Nubuwwah ( TAINN ), Puncak Alam di kunjungi seorang pesakit dari Pantai Timur yang baru sahaja keluar dari Hospital Terengganu dengan bertongkat, mengadu tengang penyakit yang dialami. Beliau memaklumkan bahawa gula dalam darah terlalu rendah menyebabkan beliau merasa badan terlalu lemah dan tidak mampu berjalan tanpa tongkat.

Datang dengan bertongkat

Lutut dan kakinya terasa bisa-bisa. Setelah buat rawatan di Terapi Islam Nurun Nubuwwah, Alhamdulillah bisa-bisanya berkurangan dan pulang dengan tongkatnya ditangan ahli keluarganya dan tidak mahu bertongkat lagi. Alhamdulillah..

ketika hendak pulang, tongkat dipegang oleh ahli keluarga

Dapat pulang tanpa gunakan tongkat

Kuasa menyembuh itu datangnya dari Allah.. 
Manusia hanya berikhtiar, Allah jualah kita bergantung harap..

Wallahu'alam..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum...

Kebelakangan ini agak sibuk dan malas. Kalau ikutkan sebenarnya banyak cerita-cerita yang nak dikongsikan. Dua bulan yang lalu pada 25.02.2015, saya didatangi seorang lelaki muda bergelar suami untuk kerumahnya di daerah Kuala Selangor. Beliau tidak boleh memasuki rumahnya, bukan kerana kuncinya yang hilang tetapi isterinya tidak memberi laluan untuknya. Dakwaan isterinya beliau bukan suaminya malah tidak megenalinya.

Setelah saya sampai diperkaragan rumahnya, saya ditemani seorang ibu lingkungan lapan puluhan untuk memasuki rumah beliau. Alhamdulillah saya dibenarkan masuk. Seperti biasa, saya mulakan dengan bacaan Ruqyah. Selesai proses Ruqyah, saya memberi salam. 

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam..." Jawab isteri kepada lelaki itu.

Saya tanyakan namanya. Terkejut saya kerana beliau memperkenalkan diri sebagai Putri Balqis dari zaman pemerintahan Sulaiman ( Nabi Sulaiman a.s ).

Gambar Hiasan

Seterusnya saya tanyakan lagi kenapa kamu merasuk badan perempuan ini? Dengan selamba ia menjawab " Ini perintah dari Allah!!" Jawab perempuan itu. lagi terkejut saya dibuatnya...

"Perintah Allah...? Saya bertanya lagi.

"Iya, perintah Allah!! Aku tidak akan keluar dari badan ini walau apa cara sekali pun, walaupun aku dibunuh."

Pesakit dibawa ke Pusat Rawatan Terapi Islam Nurun Nubuwwah untuk rawatan susulan. Setelah dua minggu menjalani rawatan di pusat rawaran Terapi Islam Nurun Nubuwwah (TAINN), akhirnya Putri Balqis keluar daripada badan Hawa ( bukan nama sebenar ) dengan izin Allah SWT setelah dibaca Surah Ath Thuur;

" Demi gunung, Dan kitab yang ditulis, pada lembaran yang terbuka, Dan demi Baitul Ma'mur, Dan demi bumbung yang tinggi, Dan laut yang di dalam tanahnya ada api, sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi, tidak seorang pun yang dapat menolaknya, pada hari ketika langit benar-benar bergoncang, Dan gunung benar-benar berjalan. Maka kecelakaan yang besarlah dihari itu bagi orang-orang yang mendustakan".

Alhamdulillah... Segala Puji bagiMu Ya Allah Tuhan Sekelian Alam.

Wallahu'alam..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum...

Jangan kita leka dengan sejuta nikmat yang kita miliki, kerna ada yang menjeling tajam sambil berusaha memalingkan apa yang kita perolehi.

Kita hendaklah sentiasa berwaspa terhadap manusia sekeliling kita. Kejahatan setiap makhluk sentiasa mengintai saat untuk melenyapkan kebahagian yang kita miliki. Ada yang manis mulut lagi berbudi bahasa, namun pada hakikatnya menikam dari belakang.


Dalam Surah Yusuf diceritakan bahawa Nabi Yaakub a.s menasihatkan Nabi Yusuf a.s supaya tidak menceritakan perihal mimpinya kepada saudaranya. Disebabkan Nabi Yusuf a.s bersangka baik lagi mengasihi saudaranya, maka beliau berkongsi kegembiraan itu bersama saudara mereka. Akhirnya kedengkian merasuk ke dalam dada saudara kandungnya sehingga melahirkan dendam dan kejahatan.


Penyakit hasad dengki ini menyerang sesiapa saja yang lemah imannya, tidak kira si kaya atau miskin, orang alim atau sebaliknya, pemimpin mahu pun rakyat jelata.

Untuk mengelakkan daripada penyakit hasad dengki manusia dan jin. Amalkan; 
- Surah Al Fatihah 1X
- Surah Al Baqorah: ayat 255 - 1x
- Surah Al Baqorah: ayat 286 - 1x
- Surah Al Ikhlas 3X
- Surah Al Falaq 3X
- Surah An Naas 3X
Baca Selepas solat Subuh dan solat Maghrib.

Mudah-mudahan dapat menghidar diri daripada hasad dengki dan pengaruh sihir jin dan manusia. 

Firman Allah SWT maksudnya; " Jika kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan) maka yang demikian itu menyakitkan hati mereka. Dan jika kamu ditimpa bencana mereka bergembira dengannya. Dan jika kamu bersabar dan bertakwa maka tipu daya mereka tidak membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengentahuanNya atas apa juga yang mereka lakukan."
( Surah Ali-Imran: ayat 120 )
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum..

Hanya sekadar berkongsi cerita, pada 5.4.15. Terapi Islam Nurun Nubuwwah (TAINN), Puncak Alam dikunjungi sepasang suami isteri dari JB.

(Gambar Hiasan)

Suaminya mengandu isterinya selalu sakit-sakit badan dan boleh dikatakan tiap-tiap malam bermimpi menjaga anak kecil. Beliau sudah pun membuat rawatan di hospital namun kesakitan yang dialaminya makin menjadi-jadi. 

Setelah diruqyahkan ternyata kesakitan yang dialaminya itu berpunca daripada gangguan saka sebelah datuknya. Jin saka yang berada di dalam badannya itu menyatakan dia sudah tidak dijaga oleh pemiliknya, sebab itulah dia menggangu anak-anak keturunan tuannya, 

Jin Saka itu bagitau ia sudah pun tua dan umurnya sudah mencecah 10500 tahun. Sudah tiga bulan beliau berada dalam badan pesakit dan ingin mencari tuan baru katanya. 

Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zukhruf ayat: 36. "Sesiapa yang berpaling daripada pengajaran Allah yang maha pemurah (al-Quran), Kami adakan baginya syaitan maka syaitan itulah menjadi teman yang menyertainya."

Allahamdulillah dengan keizinan Allah SWT, jin saka yang menggangu pasangan suami isteri ini dapat dikeluarkan dan berjanji tidak akan menggagu sesiapa pun.

Firman Allah swt:
" Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada didalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Surah Yunus: ayat 57 )

Wallahu'alam..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sukar mendapat zuriat dan sering keguguran yg melibatkan gangguan jin. Bacakan Ruqyah pada madu lebah asli.

- Surah al Fatihah 1x
- Surah al-Baqarah (285-286) 1x
- Surah Ali Imran (194) 1x
- Surah Al Ikhlas 7x
- Surah Al Falaq 7x
- Surah An Naas 7x



Minum setiap hari sekali sebelum tidur. Mudah mudahan disembuhkan oleh Allah SWT Insya Allah.
Allah menyatakan dlm al-Quran:
"Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian." ( Surah al-Isra; ayat 82 )


"Kemudian makanlah daripada tiap-tiap (jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang sudah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang berfikir." (Surah An-Nahl : Ayat 69)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum..
Sudah berhari-hari ana tidak update blog ini.. beberapa hari ini banyak pula kes kerasukan.. Kebetulan ana sangat sibuk dan tidak berkunjung Terapi Islam Nurun Nubuwwah, Puncak Alam. Jadi, tidak ada rakaman diambil.

Walaubagaimanapun, pada pagi 2 hari yang lalu, Terapi Islam Nurun Nubuwwah, Puncak Alam didatangi oleh seorang pesakit lelaki dari Klang. Kelihatan lelaki itu berjalan dengan menggunakan 2 tongkat dan agak sukar pergerakannya.. kesakitan dialami seminggu yang lalu. walaupun beliau mengambil ubat gout tetapi masih tiada perubahan.

 
Datang dengan bertongkat

Setelah pesakit itu dirawat oleh Tok Janggut, Alhamdulillah dengan izin Allah SWT.. pesakit itu dapat berjalan tanpa menggunakan tongkat.. syukkur..

Sesungguhnya, kuasa menyembuh adalah dari ALLAH SWT. Oleh itu selain dari beriktiar kita hendaklah sentiasa menadah tangan mendoakan semoga penyakit yang dialami cepat sembuh dengan izin Allah SWT.

 
Proses rawatan

 
Selesai rawatan

 
Alhamdulillah dapat pulang tanpa guna tongkat

 
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum..

Cerita tiga hari yang lalu.. Terapi Islam Nurun Nubuwwah, Puncak Alam didatangi pesakit dari Terengganu yang kerasukan tidak sedarkan diri. Semasa rawatan, jin yang merasuk menyatakan yang dia berasal dari minyak dagu (minyak orang mati dibunuh) yang digunakan oleh seorang perempuan untuk memikat hati pesakit.


Jin Minyak Dagu kelihatan begitu degil dan tidak mahu keluar dari badan pesakit. Jin itu juga turut mencabar Tok Janggut jika berkemampuan memaksanya keluar. Tok Janggut sahut cabaran itu.

Kedegilan Jin Minyak Dagu itu tidak ke mana.. akhirnya kalah, menjerit kesakitan dikerjakan oleh Tok Janggut. Jin Minyak Dagu berjanji tidak akan datang lagi ke badan pesakit dan keluar dari badan pesakit. Alhamdulillah..

Di bawah ini ana kongsikan video:

Jin Minyak Dagu Part 1

Jin Minyak Dagu Part 2

Jin Minyak Dagu Part 3
Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Kerap juga kita mendengar penyakit kanser payu dara, kanser rahim, paru-paru dan sebagainya yang baru disedari oleh mereka rupa-rupanya sudah berada di tahap kritikal dan tidak boleh lagi dirawat. Menakutkan tapi inilah yang banyak berlaku. Memang selalu berlaku penghidap kanser hanya menyedari diri menghidap kanser apabila penyakitnya sudah berada pada tahap akhir. 



Pengesanan pada tahap kritikal ini amatlah lewat. Sakit biasa mungkin kanser Sebenarnya pada peringkat awal kanser menyerang tubuh, tanda-tanda penyakit ini sudah ada tetapi kita sering mengendahkannya. Kita mengandaikan tanda-tanda itu sebagai tidak ada apa atau cuma sakit biasa sahaja. 



Berikut adalah tanda-tanda amaran kanser yang perlu anda ambil perhatian. 

  1. Sakit perut atau senak perut. Salah satu tanda-tanda awal penyakit kanser kolon ialah berulang kali mendapat atau mengalami sakti perut tanpa sebab. 
  2. Sakit yang seperti sesuatu menusuk masuk ke pancreas mungkin tanda kanser pancreas. 
  3. Perut kejang dan sakit perut berterusan. Petanda kepada kanser hati, mungkin juga leukemia kerana pada ketika ini, limpa sedang dibesarkan, menekan sebelah kiri perut yang sedikit rendah.
  4. “Asid perut” kronik atau rasa perut penuh selepas makan yang sedikit. Tanda awal yang paling lazim untuk kanser perut adalah kesakitan di bahagian abdomen atas atau pertengahan perut. Anda merasa bagaikan perut anda dipenuhi gas dan selalu rasa pedih hulu hati. Ia mungkin terjadi selepas anda makan dan rasa kenyang biarpun anda baru makan sedikit sahaja. Oleh kerana rasa sakit ini boleh dihilangkan jika anda makan ubat mengandungi antacid, anda mungkin mengabaikan sahaja kesakitan itu. 
  5. Kehilangan berat badan. Anda seorang yang tidak aktif tetapi jika berat badan anda turun tanpa dapat dijelaskan. Ketahuilah bahawa ini adalah petanda awal kanser kolon. 
  6. Jaundis atau demam kuning. Barah pancreas, satu lagi salah satu “pembunuh senyap” sering ditemui apabila seseorang menghidap jaundis. Jaundis adalah kuning kulit atau kuning kornea mata tetapi air kencing menjadi lebih gelap daripada biasa yang bukan disebabkan dehidrasi, najis berwarna merah tanah liat malah penyakit kuning juga boleh menyebabkan kegatalan akibat garam hempedu yang terlepas memasuki aliran darah. 
  7. Berdehit atau sesak nafas. Sesak nafas, sakit dada, atau darah keluar bersama air ludah adalah tanda-tanda kanser testis yang sudah merebak ke paru-paru. 
  8. Batuk yang kronik atau sakit dada. Beberapa jenis kanser, termasuk tumor, leukemia dan kanser paru-paru boleh menyebabkan gejala yang meniru batuk atau bronchitis yang teruk. 
  9. Kerap demam atau terkena jangkitan. Ini boleh menjadi tanda-tanda leukemia, kanser sel darah yang bermula dalam sum-sum tulang. Leukemia menyebabkan sum-sum tulang menghasilkan sel darah putih yang tidak normal yang mengerumuni sel darah putih yang sihat, mengurangkan daya tahan atau keupayaan melawan jangkitan kuman. 
  10. Kesukaran menelan. Ia sering dikaitkan dengan kanser esophageal atau tekak, kesukaran menelan kadang-kadang salah satu daripada tanda-tanda awal kanser paru-paru juga. 
  11. Bengkak muka. Sesetengah pesakit dengan kanser paru-paru mengalami keadaan bengkak atau kemerahan di muka. Ini terjadi kerana sel tumor kecil menghalang saluran darah di dada, mencegah darah daripada mengalir dengan bebas daripada kepala dan muka. 
  12. Nodus limfa yang bengkak di kawasan-kawasan leher, ketiak atau pangkal paha (ketulan). Pembesaran limfa di leher atau ketiak kadang-kadang ialah tanda tiroid, kanser otak atau kanser tekak. Bengkak yang tidak menyakitkan pada leher, ketiak atau pangkal paha ialah juga tanda awal leukemia. 
  13. Lebam teruk atau pendarahan yang tidak berhenti. Gejala tidak normal pada platelet dan sel darah merah boleh menjadi tanda-tanda leukemia. Tanda-tandanya ialah gusi berdarah semasa menggosok gigi dan lebam di tempat-tempat seperti jari dan tangan. 
  14. Sembelit, cirit-birit dan perubahan dalam najis boleh menjadi tanda-tanda kanser. Seperti dengan banyak gejala kanser lain,  jika ia berlaku lebih daripada beberapa hari tanpa sebab yang jelas, seperti flu atau keracunan makanan. Mereka yang didiagnosis menghidap kanser kolon sering memberitahu bahawa mereka lebih kerap membuang air besar dan masih tidak merasa lawas. Salah satu tanda-tanda awal kanser pankreas adalah najis berminyak, besar tetapi lebih pucat daripada biasa dan berbau sangat busuk kerana badan tidak menyerap makanan seperti sepatutnya. 
  15. Sukar membuang air kecil. Tanda-tanda awal kanser prostat ialah anda tidak boleh kencing walaupun anda berasa hendak kencing. Bila sudah kencing pula anda susah hendak berhenti. 
  16. Masalah ereksi. Sukar mendapat atau mengekalkan ereksi adalah juga tanda anda mengidap kanser prostat. 
  17. Sakit pada pangkal paha, pinggul atau abdomen. Satu tanda lain kanser prostat ialah lelaki kerap sakit di bahagian pinggang, paha atau bahagian paling rendah di belakang. Kanser prostat yang telah merebak ke nodus limfa merupakan ketidakselesaan dalam pelvis atau bengkak di kaki. 
  18. Sakit belakang yang tidak diketahui puncanya. Sakit belakang boleh bermakna segala macam perkara. Sakit di belakang pinggang dan lebih rendah boleh menjadi tanda kanser prostat, manakala kesakitan di bahagian belakang atas tanda kanser paru-paru. Sakit di bahagian abdomen atas dan belakang adalah salah satu daripada beberapa tanda-tanda awal kanser pancreas. 
  19. Kanser kulit merujuk kepada kesakitan kulit atau kulit yang tidak sembuh, menjadi berkerak atau berdarah dengan mudah. Kebanyakan kita tahu tahi lalat mungkin menunjukkan anda ada kanser kulit tetapi cari juga tanda-tanda lain seperti ketulan kecil yang berlilin atau sisik kering. Biasakan diri anda dengan pelbagai jenis kanser kulit – melanoma, sel basal karsinoma dan karsinoma sel skuamus dan periksa kulit dengan teliti di seluruh tubuh untuk mengesan pertumbuhan yang kelihatan ganjil atau bintik. 
  20. Perubahan pada kuku. Perubahan yang tidak dapat dijelaskan pada kuku boleh menjadi tanda beberapa jenis kanser. Coretan coklat atau hitam atau titik di bawah kuku  boleh menunjukkan kanser kulit. Jika ada pembesaran hujung jari, dengan bahagian hujung kuku melengkung ke bawah boleh  menjadi tanda kanser paru-paru.

Sumber: JomVitamin.Com

Alternatif Rawatan Penyakit Kanser Cara Tradisional

- Ambil 20 helai daun belalai gajah dan dikisar bersama sebiji epal hijau.
- Bacakan:
  Surah Al-Fatihah 1 kali, 
  Selawat Tafrijiyyah 7 kali dan 
  Doa Nubuwwah 1 kali.

In Syaa Allah..mudah-mudahan mujarab.

Daun Belalai Gajah


Selawat Tafrijiyyah


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Ayat-ayat terpilih yang dihimpunkan boleh menjadi benteng dan pendinding dari sebarang percuban sihir dengan Izin Allah jika diamalkan. Ayat-ayat ini dinamakan Ayat-ayat Ruqyah. Diharapkan ayat-ayat suci yang terkandung dalam Al-Quran ini dapat diamalkan bagi mengelakkan sebarang gangguan syaitan dan perbuatan sihir.



Ayat-Ayat Ruqyah

1 Al-Fatihah Seluruhnya
2 Al-Baqarah (ayat 1-5)
3 Al-Baqarah (ayat102)
4 Al-Baqarah (ayat 163-164)
5 Al-Baqarah (ayat 255)- Ayat Qursi
6 Al-Baqarah (ayat 285-286)
7 Ali-Imran (ayat 18-19)
8 Al-‘Araf (ayat 54-56)
9 Al-‘Araf (ayat 117-122)
10 Yunus (ayat 81-82)
11 Toha (ayat 9)
12 Al-Mukminun (ayat 115-118)
13 As-Soffaat (ayat 1-10)
14 Al-Ahqaaf (ayat 29-32)
15 Ar-Rahman (ayat 33-36)
16 Al-Hasyr (ayat 21-24)
17 Al-Jin (ayat 1-9)
18 Al-Ikhlas Seluruhnya
19 Al-Falaq Seluruhnya
20 An-Naas Seluruhnya

Semoga bermanfaat.
*Sekiranya anda tidak dapat membacanya atau anda mengalami tanda-tanda aneh pada diri anda apabila membaca ayat-ayat ruqyah, ada kemungkinan anda terkena gangguan jin.
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum..
Cerita kali ini agak menarik.. kes beberapa hari lepas di mana satu keluarga dari Johor datang ke Terapi Islam Nurrun Nubuwwah, Puncak Alam bagi merawat kesakitan yang dialami oleh beberapa orang ahli keluarga itu. Sementara dalam rawatan, mereka menginap di Homestay Teratak Anggun Nurun Nubuwwah yang berdekatan dengan Terapi Islam Nurun Nubuwwah bagi memudahkan rawatan dijalankan.


Ana difahamkan, kesakitan yang dialami oleh ahli keluarga dari johor ini adalah seperti sakit dalam rahim, keguguran, batuk-batuk, sakit kepala dan pelbagai kesakitan lagi dialami mereka. Seperti biasa, Ruqyah adalah pembuka rawatan yang dilakukan oleh Tok Janggut Puncak Alam. Ana turut berada di Terapi Islam Nurun Nubuwah ketika rawatan dijalankan. Kelihatan ahli keluarga pesakit memenuhi ruang tempat merawat. Ana hanya memerhati dari jauh.

Ketika pesakit kerasukan, jin yang merasuk itu mengakui setiap kesakitan yang dialami oleh keluarga itu adalah perbuatannya. dan jin itu mengatakan dia adalah saka dari nenek moyang keluarga itu dan berkeras tidak mahu meninggalkan mereka. Kedengaran suara dari beberapa orang ahli keluarga itu mengatakan yang mereka tidak mahu menerimanya. Saudara / saudari boleh tonton sendiri video yang ana share di bawah. Video ini dirakam sendiri oleh ahli keluarga pesakit dan ana mendapat kebenaran dipaparkan di blog. Walau bagaimanapun, Ana sengaja rendahkan kualiti video agar video kurang jelas kelihatan. Ini kerana tujuan adalah ingin berkongsi dan bukan untuk memalukan keluarga pesakit.

Video Jin Saka Part 1

Video Jin Saka Part 2

Untuk video Jin Saka Part 3 ini, ana rasa agak lucu kerana pertama kali ana lihat Tok Janggut berdialog dengan Jin yang tiba2 menukar bahasa kepada bahasa Indonesia. Seisi keluarga pesakit juga tergelak dengan dialog mereka. Ana sebenarnya faham, Tok Janggut sengaja berdialog dalam dialek Indonesia kerana ingin hiburkan hatinya sendiri dan pengunjung yang lain di saat suasana agak suram.

Video Jin Saka Part 3

Sekali lagi dimaklumkan bahawa video ini adalah perkongsian semata2 dan bukan bertujuan memalukan keluarga pesakit. kerana itu video dikaburkan dan kualiti agak tidak memuaskan.

Wallahu A'lam...
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Mengisahkan seorang gadis sunti dari Klang yang baru kematian ibunya. Kira-kira seminggu selepas kematian, gadis sunti itu mengemas bilik ibunya. ketika sibuk mengemas, gadis itu terjumpa satu botol kecil yang kelihatan dalam botol itu ada sesuatu yang agak pelik. Dengan perasaan yang kurang senang, gadis itu menghubungi rakannya dan meminta rakannya membawa botol itu ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah, Puncak Alam.

Botol yang dijumpai oleh Gadis Sunti

Botol kecil itu telah diserahkan oleh rakan gadis itu kepada Tok Janggut. Pada hari itu juga selepas magrib, gadis sunti itu dibawa ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah kerana tidak sedarkan diri, kerasukan. Menariknya, sesampi jer depan pintu pagar Terapi Islam Nurun Nubuwwah, gadis itu terus menjerit...

"Pulangkan hak aku!!!" kata gadis itu (Jin Azimat)

"Apa hak kamu? Bila masa aku ambil hak kamu?" soal Tok Janggut

"Tadi pagi!!! Mana?" balas Jin Azimat

Tok Janggut dengan selamba keluarkan botol kicap sambil berkata..

"Ini hak kamu?" tanya Tok Janggut

"Bukan!!!" Balas jin Azimat yang merasuk itu...

Jin Azimat memeritahu yang botol itu merupakan rumahnya..dan menyuruh Tok Janggut pulangkan botol itu kepadanya.. Mana mungkin Tok Janggut pulangkan...

Dalam botol kelihatan ada 3 barang iaitu sisik tengiling, kayu (berbentuk menara sami budha) dan kain merah (baju sami) yang dililit dengan benang.

 
Tiga barang yang terdapat dalam botol kecil

Tok Janggut menasihati Jin Azimat agar keluar dari badan gadis itu dan tidak mengganggunya lagi... Jin Azimat  memberi syarat jika botol itu dipulangkan, dia tidak akan ganggu lagi gadis itu..

Tok Janggut mengambil keputusan memaksa Jin Azimat agar keluar dari badan gadis sunti itu hinggakan Jin Azimat menceritakan bahawa barang dalam botol kecil itu dimiliki oleh bapa tiri gadis itu (orang Myanmar) untuk kegunaan menguatkan tenaga s3ks. Bapa tirinya sekarang ini sudah pulang ke Myanmar setelah kematian ibu.

Setelah dipaksa, jin itu berjanji akan keluar dan tidak akan ganggu gadis itu lagi. Alhamdulillah gadis itu akhirnya sedar..


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum.. Ini cerita minggu lepas. Seorang wanita datang bersama seorang lelaki ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah, Puncak Alam. Ana difahamkan lelaki (pesakit) tersebut adalah tunang wanita itu. Wanita itu sebelum ini pernah datang ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah membawa kawan beliau untuk dirawat oleh Tok Janggut.. Alhamdulillah sembuh dengan izin Allah.

Gambar Hiasan

Setelah masalah diceritakan oleh pasangan tersebut kepada Tok Janggut, maka bermulalah proses rawatan dengan memberi minum air yang telah didoa kepada pesakit. Seperti biasa, pesakit diperdengarkan dengan bacaan ayat-ayat Ruqyah. Selesai proses meruqyah, Tok Janggut beralih kedudukan ke arah tapak kaki pesakit.. lalu memberi salam kepada pesakit... 

"Assalamualaikum...." 

"Sakit...Sakit " jawab pesakit dengan suara yang garau....

"Assalamualaikum..." Tok Janggut memberi salam untuk kedua kalinya...

"Sakiitttttt" pesakit tidak menjawab salam malah terus menyebut perkataan "sakit" dengan suara yang  agak garau dari tadi...

"Assalamualaikum..." Tok Janggut memberi salam untuk kali yang ke tiga...

"Sakkiiiittttttt....." kali ini lagi garau pesakit itu menjawabnya....

Maka fahamlah Tok Janggut akan kehadiran makhluk yang menumpang badan si pesakit... ana berada berdekatan dengan Tok Janggut, hanya memerhati sahaja... kadang-kadang bosan juga bila pesakit asyik menyebut perkataan "sakit" jer... bila ditanya dari mana... kenapa datang mengganggu pesakit... dan lain2 soalan lagi yang telah ditanya... semua tak dijawab...

Akhirnya jin yang merasuk kepanasan dijurus dengan ayat2 Quran...mengalah dan meberitahu dari mana ia datang... katanya datang dari Hutan Kajang. Tempat tinggalnya di ceroboh. kerana itulah dia menumpang badan pesakit...

Alhamdulillah setelah dirawat, Jin Hutan Kajang berjanji tidak akan mengganggu pesakit itu dan keluar dari badan pesakit.

Maaf, video yang diambil agak panjang dan jelas kelihatan wajah pesakit. Ana ingin share video ini tanpa malukan pesakit. Ana terpaksa cut dan pendekkan video ini untuk tatapan pengunjung blog.

Wassalam...


Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Gambar Hiasan
Assalamualaikum..

Malam tadi kira-kira pukul 11.10, Terapi Nurun Nubuwwah didatangi oleh 2 gadis dari Gombak. Kebetulan ana juga ada di situ. Dua gadis itu merupakan kawan satu rumah sewa. Mereka sampai agak lewat. Pesakit lain sudah pulang. Salah seorang daripada gadis itu, Farah (bukan nama sebenar) memberitahu dia selalu diganggu, ditindih ketika tidur dan bila bangun pagi badannya lebam2...

Farah (pesakit) diberi minum air yang telah didoa oleh Tok Janggut.. maka bermulalah proses merawat. Farah didengarkan bacaan Al-Quran (Ruqyah). Sepanjang proses meruqyah Farah, tidak ada sebarang tindak balas padanya. Selesai Ruqyah, Tok janggut beralih kedudukan pergi ke arah tapak kaki Farah dan memegang jari kaki Farah.. lalu Tok janggut memberi salam.. tiada jawapan salam yang keluar dari mulut Farah.. Tok janggut ulang memberi salam sebanyak 3 kali..namun masih juga tidak dijawab... maka faham lah Tok Janggut bahawa di hadapannya bukan lagi Farah (Jin yang berada dalam badan Farah).

Tok Janggut mula membaca ayat Quran.. Jin yang berada dalam badan Farah mula memberi respond.. "Arrrggghhhhh!!!..." Kedengaran Farah menjerit.... jeritan yang sangat nyaring..jeritan Farah membuatkan rakannya terkejut dan terus beralih tempat duduk menuju ke tempat duduk berhampiran dengan ana... bermula lah dialong Tok Janggut dengan Jin yang merasuk Farah..

Video Gadis Kerasukan Jin Saka Harimau

Alhamdulillah akhirnya Farah pulih dari kerasukan.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Berlaku kepada kanak-kanak umur kurang 1 tahun dari Alam Budiman. Akibat daripada kuat menagis, pusat kanak-kanak ini membonjol keluar dan membekak. Pada awalnya ia dibawa ke hospital. dan pusat kanak-kanak ini hampir dipotong, tetapi ibu bapanya minta tangguh.


Kanak-kanak itu dibawa ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah, Shah Alam 2, Puncak Alam. Setelah dirawat, Alhamdulillah dengan izin Allah dan rahmat-Nya, sembuh penyakit kanak-kanak itu. Bengkak pun dan susut.. Alhamdulillah.. Allah lah yang Maha Berkuasa menyembuhkan penyakit..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Sepasang suami isteri kepanasan apabila berada di rumah dan sentiasa bergaduh. Ekoran dari pergaduhan itu, datanglah suami isteri itu ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah, Shah Alam 2 (Puncak Alam) bagi menerima rawatan sebagai ikhtiar memulihkan kesihatan dan hubungan mereka.

Semasa rawatan, pesakit kerasukan. Dan Jin yang merasuk memberitahu bahawa kesakitan dan pergaduhan pasangan itu berpunca dari 4 botol yang ditanam di 4 penjuru rumah pasangan itu.

Botol guna-guna yang ditanam di 4 penjuru rumah

Dipercayai bahawa pasangan suami isteri itu meminta seorang perawat (bomoh) dari indonesia supaya memagar rumah mereka agar terselamat dari gangguan / kejahatan Jin dan Manusia. Tanpa mereka sedar, botol-botol yang ditanam oleh bomoh itu adalah guna2 bagi mendapat kepentingan tertentu dari pasangan itu.

Ayat guna-guna yang terdapat dalam botol.

Botol guna-guna itu dipercayai ada 4. Tuan Rosly (Tok Janggut Puncak Alam) bergegas ke rumah pesakit bagi mengeluarkan botol guna-guna yang telah ditanam. tetapi yang menghairankan, hanya 3 botol sahaja yang dijumpai. 1 botol telah hilang.

Alhamdulillah.. setelah pesakit dirawat dan botol dikeluarkan (dilupuskan), pasangan suami isteri itu sihat, dan hubungan kembali baik.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Seorang pesakit (wanita) yang datang ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah bersama suaminya dan dirawat. Semasa merawat, ada jin (khadam) yang menguasai tubuh pesakit itu. Apabila ditanya, jin itu memberitahu bahawa kesakitan yang dialami pesakit itu adalah berpunca dari 2 bilah keris pusaka milik arwah ayah pesakit..



Dua bilah keris ini ada di Ketereh, Kelantan. Suami pesakit pulang dapatkan keris pusaka itu dan serahkan kepada Tok Janggut Puncak Alam (Rosly), Puasat Terapi Islam Nurun Nubuwwah untuk dilupuskan.

Difahamkan adik beradik kepada pesakit turut mengalami kesakitan yang sama akibat gangguan jin Keris Pusaka. Setelah Dua bilah keris dilupuskan dan jin yang mengganggu dihalau, kesakitan yang dialami oleh pesakit dan adik beradik pesakit Alhamdulillah sembuh dengan IzinNya..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me



Selamat Datang Ke Blog Terapi Islam Nurun Nubuwwah.


Temui Tok Janggut Puncak Alam - Hubungi Rosly (0192588762/0123555952)

Like Us On Facebook

Setiap penyakit itu ada obatnya. Sesungguhnya sakit itu penebus dosa. Jangan sesekali berputus asa terhadap Rahmat-Nya sekiranya Rahmat itu hilang, kerana di dalamnya ada Nikmat. InsyaAllah akan ada pintu Rahmat yang lain terbuka. Firman Allah dalam surat Alam Nashrah:ayat 5-6 "Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan".

AZIMAT dilarang dalam Islam. Sebagai orang Islam kita hendaklah menjauhi diri daripada perlaku syirik.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya mentera-menteri,azimat-azimat dan sihir pengasih adalah syirik".(riwayat Abu Daud,Ibnu Majah dan Ahmad).

Sponsor

Popular Posts

  • 20 Tanda-Tanda Awal Kanser dan Rawatan Tradisional
  • Video Kerasukan Jin Minyak Pengasih Orang Mati Dibunuh
  • Ayat-Ayat Ruqyah Menjadi Benteng, Pendinding dari Kejahatan Jin dan Manusia
  • Datang bertongkat, pulang dengan tongkat ditangan orang lain
  • Busung Akibat Sihir
  • Jin Saka Berumur 10500 Tahun Ganggu Pasangan Suami Isteri
  • JIN AZIMAT TENAGA S3KS MERASUK GADIS SUNTI
  • Datang Bertongkat Balik Tanpa Tongkat
  • Video Kerasukan Jin Saka Degil dari Johor
  • Puteri Balqis Muncul di Daerah Kuala Selangor

Blog Archive

  • ▼  2015 (17)
    • ▼  July (1)
      • Busung Akibat Sihir
    • ►  April (5)
      • Datang bertongkat, pulang dengan tongkat ditangan ...
      • Puteri Balqis Muncul di Daerah Kuala Selangor
      • Hasad Dengkin Makhluk dan Benteng Diri Daripada Si...
      • Jin Saka Berumur 10500 Tahun Ganggu Pasangan Suami...
      • Ingin Mendapat Zuriat : Ikhtiar Rawatan Menggunaka...
    • ►  March (8)
      • Datang Bertongkat Balik Tanpa Tongkat
      • Video Kerasukan Jin Minyak Pengasih Orang Mati Dib...
      • 20 Tanda-Tanda Awal Kanser dan Rawatan Tradisional
      • Ayat-Ayat Ruqyah Menjadi Benteng, Pendinding dari ...
      • Video Kerasukan Jin Saka Degil dari Johor
      • JIN AZIMAT TENAGA S3KS MERASUK GADIS SUNTI
      • Video Kerasukan Jin Hutan Kajang
      • Video Gadis Kerasukan Jin Saka Harimau
    • ►  February (3)
      • Pusat Kanak-Kanak Terkeluar Akibat Kuat Menangis
      • Botol Guna-Guna Ditanam Di Penjuru Rumah (Pagar Ru...
      • Khadam (Jin) Keris Pusaka Mengganggu
  • ►  2012 (1)
    • ►  June (1)
Facebook Instagram Google Plus

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates| Designed By RoziTalib.Com