Terapi Islam Nurun Nubuwwah (TAINN)

  • Laman Utama
  • Tentang TAINN
  • Video Galeri
  • Galeri
  • Rawatan
  • Hubungi Kami
Berlaku kepada kanak-kanak umur kurang 1 tahun dari Alam Budiman. Akibat daripada kuat menagis, pusat kanak-kanak ini membonjol keluar dan membekak. Pada awalnya ia dibawa ke hospital. dan pusat kanak-kanak ini hampir dipotong, tetapi ibu bapanya minta tangguh.


Kanak-kanak itu dibawa ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah, Shah Alam 2, Puncak Alam. Setelah dirawat, Alhamdulillah dengan izin Allah dan rahmat-Nya, sembuh penyakit kanak-kanak itu. Bengkak pun dan susut.. Alhamdulillah.. Allah lah yang Maha Berkuasa menyembuhkan penyakit..
Share
Tweet
Pin
Share
3 comments
Sepasang suami isteri kepanasan apabila berada di rumah dan sentiasa bergaduh. Ekoran dari pergaduhan itu, datanglah suami isteri itu ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah, Shah Alam 2 (Puncak Alam) bagi menerima rawatan sebagai ikhtiar memulihkan kesihatan dan hubungan mereka.

Semasa rawatan, pesakit kerasukan. Dan Jin yang merasuk memberitahu bahawa kesakitan dan pergaduhan pasangan itu berpunca dari 4 botol yang ditanam di 4 penjuru rumah pasangan itu.

Botol guna-guna yang ditanam di 4 penjuru rumah

Dipercayai bahawa pasangan suami isteri itu meminta seorang perawat (bomoh) dari indonesia supaya memagar rumah mereka agar terselamat dari gangguan / kejahatan Jin dan Manusia. Tanpa mereka sedar, botol-botol yang ditanam oleh bomoh itu adalah guna2 bagi mendapat kepentingan tertentu dari pasangan itu.

Ayat guna-guna yang terdapat dalam botol.

Botol guna-guna itu dipercayai ada 4. Tuan Rosly (Tok Janggut Puncak Alam) bergegas ke rumah pesakit bagi mengeluarkan botol guna-guna yang telah ditanam. tetapi yang menghairankan, hanya 3 botol sahaja yang dijumpai. 1 botol telah hilang.

Alhamdulillah.. setelah pesakit dirawat dan botol dikeluarkan (dilupuskan), pasangan suami isteri itu sihat, dan hubungan kembali baik.



Share
Tweet
Pin
Share
No comments

Seorang pesakit (wanita) yang datang ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah bersama suaminya dan dirawat. Semasa merawat, ada jin (khadam) yang menguasai tubuh pesakit itu. Apabila ditanya, jin itu memberitahu bahawa kesakitan yang dialami pesakit itu adalah berpunca dari 2 bilah keris pusaka milik arwah ayah pesakit..



Dua bilah keris ini ada di Ketereh, Kelantan. Suami pesakit pulang dapatkan keris pusaka itu dan serahkan kepada Tok Janggut Puncak Alam (Rosly), Puasat Terapi Islam Nurun Nubuwwah untuk dilupuskan.

Difahamkan adik beradik kepada pesakit turut mengalami kesakitan yang sama akibat gangguan jin Keris Pusaka. Setelah Dua bilah keris dilupuskan dan jin yang mengganggu dihalau, kesakitan yang dialami oleh pesakit dan adik beradik pesakit Alhamdulillah sembuh dengan IzinNya..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me



Selamat Datang Ke Blog Terapi Islam Nurun Nubuwwah.


Temui Tok Janggut Puncak Alam - Hubungi Rosly (0192588762/0123555952)

Like Us On Facebook

Setiap penyakit itu ada obatnya. Sesungguhnya sakit itu penebus dosa. Jangan sesekali berputus asa terhadap Rahmat-Nya sekiranya Rahmat itu hilang, kerana di dalamnya ada Nikmat. InsyaAllah akan ada pintu Rahmat yang lain terbuka. Firman Allah dalam surat Alam Nashrah:ayat 5-6 "Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan".

AZIMAT dilarang dalam Islam. Sebagai orang Islam kita hendaklah menjauhi diri daripada perlaku syirik.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya mentera-menteri,azimat-azimat dan sihir pengasih adalah syirik".(riwayat Abu Daud,Ibnu Majah dan Ahmad).

Sponsor

Popular Posts

  • 20 Tanda-Tanda Awal Kanser dan Rawatan Tradisional
  • Video Kerasukan Jin Minyak Pengasih Orang Mati Dibunuh
  • Ayat-Ayat Ruqyah Menjadi Benteng, Pendinding dari Kejahatan Jin dan Manusia
  • Datang bertongkat, pulang dengan tongkat ditangan orang lain
  • Busung Akibat Sihir
  • Jin Saka Berumur 10500 Tahun Ganggu Pasangan Suami Isteri
  • JIN AZIMAT TENAGA S3KS MERASUK GADIS SUNTI
  • Datang Bertongkat Balik Tanpa Tongkat
  • Video Kerasukan Jin Saka Degil dari Johor
  • Puteri Balqis Muncul di Daerah Kuala Selangor

Blog Archive

  • ▼  2015 (17)
    • ►  July (1)
    • ►  April (5)
    • ►  March (8)
    • ▼  February (3)
      • Pusat Kanak-Kanak Terkeluar Akibat Kuat Menangis
      • Botol Guna-Guna Ditanam Di Penjuru Rumah (Pagar Ru...
      • Khadam (Jin) Keris Pusaka Mengganggu
  • ►  2012 (1)
    • ►  June (1)
Facebook Instagram Google Plus

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates| Designed By RoziTalib.Com