Botol Guna-Guna Ditanam Di Penjuru Rumah (Pagar Rumah)

by - Tuesday, February 10, 2015

Sepasang suami isteri kepanasan apabila berada di rumah dan sentiasa bergaduh. Ekoran dari pergaduhan itu, datanglah suami isteri itu ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah, Shah Alam 2 (Puncak Alam) bagi menerima rawatan sebagai ikhtiar memulihkan kesihatan dan hubungan mereka.

Semasa rawatan, pesakit kerasukan. Dan Jin yang merasuk memberitahu bahawa kesakitan dan pergaduhan pasangan itu berpunca dari 4 botol yang ditanam di 4 penjuru rumah pasangan itu.

Botol guna-guna yang ditanam di 4 penjuru rumah

Dipercayai bahawa pasangan suami isteri itu meminta seorang perawat (bomoh) dari indonesia supaya memagar rumah mereka agar terselamat dari gangguan / kejahatan Jin dan Manusia. Tanpa mereka sedar, botol-botol yang ditanam oleh bomoh itu adalah guna2 bagi mendapat kepentingan tertentu dari pasangan itu.

Ayat guna-guna yang terdapat dalam botol.

Botol guna-guna itu dipercayai ada 4. Tuan Rosly (Tok Janggut Puncak Alam) bergegas ke rumah pesakit bagi mengeluarkan botol guna-guna yang telah ditanam. tetapi yang menghairankan, hanya 3 botol sahaja yang dijumpai. 1 botol telah hilang.

Alhamdulillah.. setelah pesakit dirawat dan botol dikeluarkan (dilupuskan), pasangan suami isteri itu sihat, dan hubungan kembali baik.



You May Also Like

0 comments