Khadam (Jin) Keris Pusaka Mengganggu

by - Tuesday, February 10, 2015


Seorang pesakit (wanita) yang datang ke Terapi Islam Nurun Nubuwwah bersama suaminya dan dirawat. Semasa merawat, ada jin (khadam) yang menguasai tubuh pesakit itu. Apabila ditanya, jin itu memberitahu bahawa kesakitan yang dialami pesakit itu adalah berpunca dari 2 bilah keris pusaka milik arwah ayah pesakit..



Dua bilah keris ini ada di Ketereh, Kelantan. Suami pesakit pulang dapatkan keris pusaka itu dan serahkan kepada Tok Janggut Puncak Alam (Rosly), Puasat Terapi Islam Nurun Nubuwwah untuk dilupuskan.

Difahamkan adik beradik kepada pesakit turut mengalami kesakitan yang sama akibat gangguan jin Keris Pusaka. Setelah Dua bilah keris dilupuskan dan jin yang mengganggu dihalau, kesakitan yang dialami oleh pesakit dan adik beradik pesakit Alhamdulillah sembuh dengan IzinNya..

You May Also Like

0 comments