Video Gadis Kerasukan Jin Saka Harimau

by - Monday, March 02, 2015

Gambar Hiasan
Assalamualaikum..

Malam tadi kira-kira pukul 11.10, Terapi Nurun Nubuwwah didatangi oleh 2 gadis dari Gombak. Kebetulan ana juga ada di situ. Dua gadis itu merupakan kawan satu rumah sewa. Mereka sampai agak lewat. Pesakit lain sudah pulang. Salah seorang daripada gadis itu, Farah (bukan nama sebenar) memberitahu dia selalu diganggu, ditindih ketika tidur dan bila bangun pagi badannya lebam2...

Farah (pesakit) diberi minum air yang telah didoa oleh Tok Janggut.. maka bermulalah proses merawat. Farah didengarkan bacaan Al-Quran (Ruqyah). Sepanjang proses meruqyah Farah, tidak ada sebarang tindak balas padanya. Selesai Ruqyah, Tok janggut beralih kedudukan pergi ke arah tapak kaki Farah dan memegang jari kaki Farah.. lalu Tok janggut memberi salam.. tiada jawapan salam yang keluar dari mulut Farah.. Tok janggut ulang memberi salam sebanyak 3 kali..namun masih juga tidak dijawab... maka faham lah Tok Janggut bahawa di hadapannya bukan lagi Farah (Jin yang berada dalam badan Farah).

Tok Janggut mula membaca ayat Quran.. Jin yang berada dalam badan Farah mula memberi respond.. "Arrrggghhhhh!!!..." Kedengaran Farah menjerit.... jeritan yang sangat nyaring..jeritan Farah membuatkan rakannya terkejut dan terus beralih tempat duduk menuju ke tempat duduk berhampiran dengan ana... bermula lah dialong Tok Janggut dengan Jin yang merasuk Farah..

Video Gadis Kerasukan Jin Saka Harimau

Alhamdulillah akhirnya Farah pulih dari kerasukan.



You May Also Like

0 comments