Terapi Islam Nurun Nubuwwah (TAINN)

  • Laman Utama
  • Tentang TAINN
  • Video Galeri
  • Galeri
  • Rawatan
  • Hubungi Kami
Assalamualaikum...

Semalam 25.4.2015 Terapi Islam Nurun Nubuwwah ( TAINN ), Puncak Alam di kunjungi seorang pesakit dari Pantai Timur yang baru sahaja keluar dari Hospital Terengganu dengan bertongkat, mengadu tengang penyakit yang dialami. Beliau memaklumkan bahawa gula dalam darah terlalu rendah menyebabkan beliau merasa badan terlalu lemah dan tidak mampu berjalan tanpa tongkat.

Datang dengan bertongkat

Lutut dan kakinya terasa bisa-bisa. Setelah buat rawatan di Terapi Islam Nurun Nubuwwah, Alhamdulillah bisa-bisanya berkurangan dan pulang dengan tongkatnya ditangan ahli keluarganya dan tidak mahu bertongkat lagi. Alhamdulillah..

ketika hendak pulang, tongkat dipegang oleh ahli keluarga

Dapat pulang tanpa gunakan tongkat

Kuasa menyembuh itu datangnya dari Allah.. 
Manusia hanya berikhtiar, Allah jualah kita bergantung harap..

Wallahu'alam..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum...

Kebelakangan ini agak sibuk dan malas. Kalau ikutkan sebenarnya banyak cerita-cerita yang nak dikongsikan. Dua bulan yang lalu pada 25.02.2015, saya didatangi seorang lelaki muda bergelar suami untuk kerumahnya di daerah Kuala Selangor. Beliau tidak boleh memasuki rumahnya, bukan kerana kuncinya yang hilang tetapi isterinya tidak memberi laluan untuknya. Dakwaan isterinya beliau bukan suaminya malah tidak megenalinya.

Setelah saya sampai diperkaragan rumahnya, saya ditemani seorang ibu lingkungan lapan puluhan untuk memasuki rumah beliau. Alhamdulillah saya dibenarkan masuk. Seperti biasa, saya mulakan dengan bacaan Ruqyah. Selesai proses Ruqyah, saya memberi salam. 

"Assalamualaikum..."

"Waalaikumussalam..." Jawab isteri kepada lelaki itu.

Saya tanyakan namanya. Terkejut saya kerana beliau memperkenalkan diri sebagai Putri Balqis dari zaman pemerintahan Sulaiman ( Nabi Sulaiman a.s ).

Gambar Hiasan

Seterusnya saya tanyakan lagi kenapa kamu merasuk badan perempuan ini? Dengan selamba ia menjawab " Ini perintah dari Allah!!" Jawab perempuan itu. lagi terkejut saya dibuatnya...

"Perintah Allah...? Saya bertanya lagi.

"Iya, perintah Allah!! Aku tidak akan keluar dari badan ini walau apa cara sekali pun, walaupun aku dibunuh."

Pesakit dibawa ke Pusat Rawatan Terapi Islam Nurun Nubuwwah untuk rawatan susulan. Setelah dua minggu menjalani rawatan di pusat rawaran Terapi Islam Nurun Nubuwwah (TAINN), akhirnya Putri Balqis keluar daripada badan Hawa ( bukan nama sebenar ) dengan izin Allah SWT setelah dibaca Surah Ath Thuur;

" Demi gunung, Dan kitab yang ditulis, pada lembaran yang terbuka, Dan demi Baitul Ma'mur, Dan demi bumbung yang tinggi, Dan laut yang di dalam tanahnya ada api, sesungguhnya azab Tuhanmu pasti terjadi, tidak seorang pun yang dapat menolaknya, pada hari ketika langit benar-benar bergoncang, Dan gunung benar-benar berjalan. Maka kecelakaan yang besarlah dihari itu bagi orang-orang yang mendustakan".

Alhamdulillah... Segala Puji bagiMu Ya Allah Tuhan Sekelian Alam.

Wallahu'alam..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum...

Jangan kita leka dengan sejuta nikmat yang kita miliki, kerna ada yang menjeling tajam sambil berusaha memalingkan apa yang kita perolehi.

Kita hendaklah sentiasa berwaspa terhadap manusia sekeliling kita. Kejahatan setiap makhluk sentiasa mengintai saat untuk melenyapkan kebahagian yang kita miliki. Ada yang manis mulut lagi berbudi bahasa, namun pada hakikatnya menikam dari belakang.


Dalam Surah Yusuf diceritakan bahawa Nabi Yaakub a.s menasihatkan Nabi Yusuf a.s supaya tidak menceritakan perihal mimpinya kepada saudaranya. Disebabkan Nabi Yusuf a.s bersangka baik lagi mengasihi saudaranya, maka beliau berkongsi kegembiraan itu bersama saudara mereka. Akhirnya kedengkian merasuk ke dalam dada saudara kandungnya sehingga melahirkan dendam dan kejahatan.


Penyakit hasad dengki ini menyerang sesiapa saja yang lemah imannya, tidak kira si kaya atau miskin, orang alim atau sebaliknya, pemimpin mahu pun rakyat jelata.

Untuk mengelakkan daripada penyakit hasad dengki manusia dan jin. Amalkan; 
- Surah Al Fatihah 1X
- Surah Al Baqorah: ayat 255 - 1x
- Surah Al Baqorah: ayat 286 - 1x
- Surah Al Ikhlas 3X
- Surah Al Falaq 3X
- Surah An Naas 3X
Baca Selepas solat Subuh dan solat Maghrib.

Mudah-mudahan dapat menghidar diri daripada hasad dengki dan pengaruh sihir jin dan manusia. 

Firman Allah SWT maksudnya; " Jika kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan) maka yang demikian itu menyakitkan hati mereka. Dan jika kamu ditimpa bencana mereka bergembira dengannya. Dan jika kamu bersabar dan bertakwa maka tipu daya mereka tidak membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengentahuanNya atas apa juga yang mereka lakukan."
( Surah Ali-Imran: ayat 120 )
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Assalamualaikum..

Hanya sekadar berkongsi cerita, pada 5.4.15. Terapi Islam Nurun Nubuwwah (TAINN), Puncak Alam dikunjungi sepasang suami isteri dari JB.

(Gambar Hiasan)

Suaminya mengandu isterinya selalu sakit-sakit badan dan boleh dikatakan tiap-tiap malam bermimpi menjaga anak kecil. Beliau sudah pun membuat rawatan di hospital namun kesakitan yang dialaminya makin menjadi-jadi. 

Setelah diruqyahkan ternyata kesakitan yang dialaminya itu berpunca daripada gangguan saka sebelah datuknya. Jin saka yang berada di dalam badannya itu menyatakan dia sudah tidak dijaga oleh pemiliknya, sebab itulah dia menggangu anak-anak keturunan tuannya, 

Jin Saka itu bagitau ia sudah pun tua dan umurnya sudah mencecah 10500 tahun. Sudah tiga bulan beliau berada dalam badan pesakit dan ingin mencari tuan baru katanya. 

Firman Allah SWT dalam Surah Az-Zukhruf ayat: 36. "Sesiapa yang berpaling daripada pengajaran Allah yang maha pemurah (al-Quran), Kami adakan baginya syaitan maka syaitan itulah menjadi teman yang menyertainya."

Allahamdulillah dengan keizinan Allah SWT, jin saka yang menggangu pasangan suami isteri ini dapat dikeluarkan dan berjanji tidak akan menggagu sesiapa pun.

Firman Allah swt:
" Wahai umat manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu al-Quran yang menjadi nasihat pengajaran dari Tuhan kamu, dan menjadi penawar bagi penyakit-penyakit batin yang ada didalam dada kamu, dan juga menjadi hidayah petunjuk untuk keselamatan, serta membawa rahmat bagi orang-orang yang beriman." (Surah Yunus: ayat 57 )

Wallahu'alam..
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Sukar mendapat zuriat dan sering keguguran yg melibatkan gangguan jin. Bacakan Ruqyah pada madu lebah asli.

- Surah al Fatihah 1x
- Surah al-Baqarah (285-286) 1x
- Surah Ali Imran (194) 1x
- Surah Al Ikhlas 7x
- Surah Al Falaq 7x
- Surah An Naas 7x



Minum setiap hari sekali sebelum tidur. Mudah mudahan disembuhkan oleh Allah SWT Insya Allah.
Allah menyatakan dlm al-Quran:
"Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian." ( Surah al-Isra; ayat 82 )


"Kemudian makanlah daripada tiap-tiap (jenis) buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang sudah dimudahkan (bagimu). Dari perut lebah itu keluar minuman (madu) yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat yang menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda (kebesaran Tuhan) bagi orang yang berfikir." (Surah An-Nahl : Ayat 69)
Share
Tweet
Pin
Share
No comments
Newer Posts
Older Posts

About me



Selamat Datang Ke Blog Terapi Islam Nurun Nubuwwah.


Temui Tok Janggut Puncak Alam - Hubungi Rosly (0192588762/0123555952)

Like Us On Facebook

Setiap penyakit itu ada obatnya. Sesungguhnya sakit itu penebus dosa. Jangan sesekali berputus asa terhadap Rahmat-Nya sekiranya Rahmat itu hilang, kerana di dalamnya ada Nikmat. InsyaAllah akan ada pintu Rahmat yang lain terbuka. Firman Allah dalam surat Alam Nashrah:ayat 5-6 "Kerana sesungguhnya sesudah kesukaran itu ada kemudahan".

AZIMAT dilarang dalam Islam. Sebagai orang Islam kita hendaklah menjauhi diri daripada perlaku syirik.
Rasulullah SAW bersabda: "Sesungguhnya mentera-menteri,azimat-azimat dan sihir pengasih adalah syirik".(riwayat Abu Daud,Ibnu Majah dan Ahmad).

Sponsor

Popular Posts

  • 20 Tanda-Tanda Awal Kanser dan Rawatan Tradisional
  • Video Kerasukan Jin Minyak Pengasih Orang Mati Dibunuh
  • Ayat-Ayat Ruqyah Menjadi Benteng, Pendinding dari Kejahatan Jin dan Manusia
  • Datang bertongkat, pulang dengan tongkat ditangan orang lain
  • Busung Akibat Sihir
  • Jin Saka Berumur 10500 Tahun Ganggu Pasangan Suami Isteri
  • JIN AZIMAT TENAGA S3KS MERASUK GADIS SUNTI
  • Datang Bertongkat Balik Tanpa Tongkat
  • Video Kerasukan Jin Saka Degil dari Johor
  • Puteri Balqis Muncul di Daerah Kuala Selangor

Blog Archive

  • ▼  2015 (17)
    • ►  July (1)
    • ▼  April (5)
      • Datang bertongkat, pulang dengan tongkat ditangan ...
      • Puteri Balqis Muncul di Daerah Kuala Selangor
      • Hasad Dengkin Makhluk dan Benteng Diri Daripada Si...
      • Jin Saka Berumur 10500 Tahun Ganggu Pasangan Suami...
      • Ingin Mendapat Zuriat : Ikhtiar Rawatan Menggunaka...
    • ►  March (8)
    • ►  February (3)
  • ►  2012 (1)
    • ►  June (1)
Facebook Instagram Google Plus

Created with by BeautyTemplates| Distributed By Gooyaabi Templates| Designed By RoziTalib.Com