Hasad Dengkin Makhluk dan Benteng Diri Daripada Sihir Jin dan Manusia

by - Wednesday, April 08, 2015

Assalamualaikum...

Jangan kita leka dengan sejuta nikmat yang kita miliki, kerna ada yang menjeling tajam sambil berusaha memalingkan apa yang kita perolehi.

Kita hendaklah sentiasa berwaspa terhadap manusia sekeliling kita. Kejahatan setiap makhluk sentiasa mengintai saat untuk melenyapkan kebahagian yang kita miliki. Ada yang manis mulut lagi berbudi bahasa, namun pada hakikatnya menikam dari belakang.


Dalam Surah Yusuf diceritakan bahawa Nabi Yaakub a.s menasihatkan Nabi Yusuf a.s supaya tidak menceritakan perihal mimpinya kepada saudaranya. Disebabkan Nabi Yusuf a.s bersangka baik lagi mengasihi saudaranya, maka beliau berkongsi kegembiraan itu bersama saudara mereka. Akhirnya kedengkian merasuk ke dalam dada saudara kandungnya sehingga melahirkan dendam dan kejahatan.


Penyakit hasad dengki ini menyerang sesiapa saja yang lemah imannya, tidak kira si kaya atau miskin, orang alim atau sebaliknya, pemimpin mahu pun rakyat jelata.

Untuk mengelakkan daripada penyakit hasad dengki manusia dan jin. Amalkan; 
- Surah Al Fatihah 1X
- Surah Al Baqorah: ayat 255 - 1x
- Surah Al Baqorah: ayat 286 - 1x
- Surah Al Ikhlas 3X
- Surah Al Falaq 3X
- Surah An Naas 3X
Baca Selepas solat Subuh dan solat Maghrib.

Mudah-mudahan dapat menghidar diri daripada hasad dengki dan pengaruh sihir jin dan manusia. 

Firman Allah SWT maksudnya; " Jika kamu beroleh kebaikan (kemakmuran dan kemenangan) maka yang demikian itu menyakitkan hati mereka. Dan jika kamu ditimpa bencana mereka bergembira dengannya. Dan jika kamu bersabar dan bertakwa maka tipu daya mereka tidak membahayakan kamu sedikitpun. Sesungguhnya Allah meliputi pengentahuanNya atas apa juga yang mereka lakukan."
( Surah Ali-Imran: ayat 120 )

You May Also Like

0 comments